Saturday, 17 November 2012

16 ciri-ciri lelaki soleh


  assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatu

 

erm...agak-agak ciri bagaimana lelaki idaman saudari...hehe...hensem ke?kaya ke?badan yang tegap ke?ada rupa macam artis korea ke?dan macam-macam lagi.....erm kadang-kadang kite lupe atau tak perasan bahawa ada sesuatu perkara yang lebih membawa kebahagian atau keberkatan dalam sesuatu perkahwinan.....ape t..?

 

 Bukanlah tak boleh memilih lelaki yang memiliki semua ciri itu. Tapi bukankah lebih penting bagi anda untuk memilih LELAKI YANG SOLEH?

 

Andai kate kite pilih dia sebab hensem,kaya,tegap atau apa-apa lagi dari segi fizikal.kite kene ingat semua perkara itu tidak kekal sebagai contoh nanti sudah tua da tidak hensem,tidak tegap dan belum tentu kaya....huhu...

 

 Apa kata anda baca dan teliti betul-betul info di bawah ini. Cari lah lelaki yang soleh untuk dijadikan suami anda. Sebab lelaki soleh adalah kunci kebahagiaan rumahtangga anda kelak. Percayalah. Hanya lelaki yang soleh mampu memberikan anda kebahagiaan hidup dunia akhirat.

 

 

 

Siapakah dia lelaki soleh?

 

 Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :

 

 1.Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa

 

 2.Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya

 

 3.Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi

 

 4.Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t

 

 5.Ikhlas dalam beramal

 

 6.Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya

 

 7.Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya

 

 8.Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya

 

 9.Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya

 

 10.Solat malam menjadi kebiasaanya

 

 11.Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata

 

 12.Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit

 

 13.Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka  amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.

 

 15.Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia

 

 16.Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah

 

 Itulah 16 ciri-ciri lelaki soleh. Sekarang, cuba check, ada atau tidak ciri-ciri ini pada pasangan anda?

 

Kepada kaum lelaki (khusus saya sendiri), mari periksa diri… dimanakah kita? Sudah cukup soleh kah…?

 

 Ya Allah,semoga aku diberi kekuatan dalam mencapai semua ciri-ciri ini…amin.

No comments:

Post a Comment