Friday, 29 March 2013

RAHSIA ANTARA RAHSIA ALLAH





SETIAP ANTARA KITA TIDAK MENGETAHUI SIAPA YANG LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH.
KITA SERING MERASAKAN SEORANG USTAZ DAN USTAZAH MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG DEKAT DENGAN ALLAH.SECARA ZAHIRNYA PANDANGAN MANUSIA MELIHAT SEORANG YANG USTAZ,USTAZAH,ORANG YANG MEMPUNYAI SIJIL AGAM DAN IMAM MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG DEKAT DENGAN ALLAH.

Add caption
                                           
                                                    GAMBAR SEKADAR HIASAN

TETAPI……..

SESUNGGUHNYA PANDANGAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA AMAT-AMAT BERBEZA DENGAN PANDANG SEORANG INSAN DENGAN SEORANG INSAN YANG LAIN.SEORANG INSAN MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG DEKAT DENGAN ALLAH ITULAH DINAMAKAN ORANG YANG SOLEH.
ORANG YANG SOLEH TAK SEMESTINYA SEORANG USTAZ
ORANG YANG SOLEH TAK SEMESTINYA SEORANG IMAM
ORANG YANG SOLEH TAK SEMESTINYA SEORANG SYEIKH

TETAPI ORANG SOLEH ADALAH INSAN YANG MEMPUNYAI JIWANYA DEKAT DENGAN ALLAH SEKALIPUN DIA  SEORANG YANG BIASA-BIASA. . BETAPA BANYAK ORANG YANG DIANGGAP TIADA NILAI ATAUPUN RENDAH KEDUDUKANNYA, DIA DI SISI ALLAH JAUH LEBIH BAIK DARI MEREKA YANG BANYAK DIPUJI DAN DIPUJA. NABI S.A.W BERSABDA:

“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan”. (Riwayat Muslim).

KETAHUILAH SOAL HUBUNGAN INSAN DENGAN ALLAH SANGAT AJAIB SEPERTI MEMPUNYAI RAHSIA ANTARA ALLAH DENGAN ALLAH.

KADANG-KADANG KITA LIHAT SEORANG INSAN INI TERUK,JAHAT DAN JAHIL TETAPI PADA SUATU HARI  KITA LIHAT INSAN ITU  SANGAT BAIK DAN AMAT SOLEH PADA AKHIR HAYATNYA DAN KITA MERASAKAN JIKA DIA MATI DEKATNYA DIA PADA SYURGA DAN DEKATNYA DIA PADA ALLAH.DALAM PADA MASA ITU JUGA KITA JUGA LIHAT ADA INSAN YANG DULUNYA BELAJAR AGAMA TETAPI PADA AKHIR HAYATNYA SEBELUM DIA MATI TINDAKANYA KELIHATAN MENJAUHKAN DIRINYA DARIPADA ALLAH.
KITA MUNKIN HAIRAN DAN TERTANYA-TANYA DIMANAKAN KEADANYA……?

TETAPI PADA HAKIKATNYA HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI.APA YANG KITA TAK TAHU YANG TERSIMPAN DALAM HATI INSAN YANG KITA LIHAT DIA MUNKIN BAIK TETAPI ALLAH ADA PERKARA YANG ALLAH TAK SUKA KEPADA DIA YANG MANA TIBA WAKTUNYA ALLAH MENGHUKUMNYA.ADA INSAN YANG KITA LIHAT TAK BERAPA NAK BAIK PADA ZAHIRNYA TETAPI PADA PANDANGAN ALLAH ADA PERKARA YANG ALLAH SAYANG KEPADA DIA DAN PADA SUATU HARI ALLAH BAWA INSAN ITU KE DATARAN RAHMATNYA DAN BERIKAN HIDAYAH DAN MATINYA DALAM KEADAAN AHLI SYURGA
PERKARA SEPERTI INILAH YANG BANYAK TERJAWAB DALAM HADIS-HADIS YANG KADANG-KADANG KITA TIDAK FAHAM ANTARA NYA HADIS SEORANG PELACUR YANG MEMBERI ANJING MINUM.
DALAM HADIS, NABI S.A.W BERSABDA:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
DIA BUKAN SOAL PELACUR DAN ANJING DAN AIR TETAPI ALLAH MENGETAHUI DISEBALIK PERBUATAN.ADA HAMBA YANG MEMBUAT SEDIKIT PERBUATAN TETAPI ALLAH MENGETAHUI DISEBALK TITIK DAN TOLAK PERBUATAN DATANG DARI HATINYA MURNI YANG ALLAH SAYANG.

SEBAB ITU KADANG-KADANG KITA LIHAT ORANG YANG MENDERMA SEDIKIT LEBIH JUJUR DAN ALLAH SAYANG TERHADAPNYA BERBANDING TERHADAP ORANG YANG MENDERMA RIBUAN RINGGIT TETAPI MEMPUNYAI TUJUAN YANG LAIN.

KETAHUILAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN DENGAN KU UNTUK MENJADI SOLEH CUKUPLAH SEKADAR HATIMU MEMPUNYAI JIWA YANG DEKAT DENGAN ALLAH.KETAHUILAH JUGA BAHAWA ALLAH MENGETAHUI SETIAP APA YANG ADA DIDALAM HATI KAMU KETIKA KAMU MELAKUKAN KEBAIKAN.

                                               
                                                  SAHABAT PERJUANGAN DAKWAH ISLAM

Tuesday, 25 December 2012

HAKIKAT DUKACITA.....





    Akan tiba satu saat insan akan melalui perasaan al hazan.Di mana ketika itu insan tidak mampu berbuat apa-apa bahkan tidak mampu lakukan apa-apa.Itulah perkara  yang  Allah mampu mencampakkan kepada Insan satu perasaan yang mengundang kesedihan.
    
     Apabila kesedihan datang.Insan mula rungsing....
     Mula mencari Bagaimana caranya untuk keluar daripada kesedihan dunia.....
    
     Pada ketika itu seorang yang sombong,riak dan jahil.....
     mula tunduk,tawwadduk.........sambil berkata.......

"YA RABB TOLONGLAH AKU,AKU TAK MAMPU MENANGUNGNYA YA ALLAH"

     Pada ketika itu air mata mula mengalir.......
     Pada ketika itulah kekhusyukan mula datang.......
     pada ketika itulah terasa kerdil hidup didunia ini......

"YA RABB AMPUNKANLAH DOSAKU YA RABB,"
"YA RABB HAMBA MU INI INSAF YA RABB"
"YA RABB TUNJUKKANLAH JALAN YANG LURUS YAAAA RABBB"


   Pada ketika Allah dengan kesantunannya,kesopannanya,kelunakanya.........

"WAHAI HAMBAKU YANG MELAMPAUI BATAS JANGANLAH ENGKAU
 BERPUTUS ASA DARI RAHMAT KU"
"AKU AMPUNKAN SEMUA DOSA HAMBA KU ITU"
"KATAKANLAH MUHAMAMAD KETKA MANA HAMBAKU BERKATA KEPADA MU    TENTANG AKU KATAKANLAH SESUNGGUNYA AKU DEKAT DENGAN DENGAN HAMBA     KU ITU"


Insan apabila hatinya berdukacita ramai antara insan akan mula kembali kepada Allah......
kadang-kadang kesedihan boleh datang kepada seorang insan dan insan tu pun tidak tahu mengapa dia besedih.............

Kadang-kadang Allah jadikan satu masalah pada insan yang pada orang lain tidak menimbulkan kesedihan tetapi bagi dia terasa amat sedih.......

Ramai orang yang menemuai Allah ketika mereka bersedih....
TETAPI.....
tidak ramai yang menemui Allah ketika mereka gembira......

Walaupu kita tidak disuruh mencari dukacita.......
Tetapi dukacitalah yang membawa insan bertemu dengan Allah.....


Untuk membolehkan insan dekat dengan Allah......
Dia memerlukan hati insan itu mestilah dekat dengan Allah.......

Banyak perkara yang tak dapat dibawa insan kepada Allah......


TETAPI.............................


Kesedihan boleh membawa hati,jiwa nurani kepada Allah.....
Bile insan sedih dia mula khusyuk,tawadduk kepada Allah.....

KETAHUILAH WAHAI INSAN APABILA HATI INSAN BULAT KEPADA YA RABB......
INSAN AKAN MERASA HIDUP INI MUDAH.............

KETAHUILAH WAHAI INSAN DUKACITA YANG DATANG MEMBAWA PELBAGAI HIKMAH

KETAHILAH WAHAI INSAN......
ALLAH MAMPU MENCAMPAK KESEDIHAN ITU KEPADA SESIAPA SAHAJA......
TIDAK KIRA SIAPA INSAN ITU........ALLAHURABBI........


LA TAHZAN ............SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA HAMBA-HAMBA YANG BERSABAR......................

YA RABB.........














Wednesday, 21 November 2012

Mulianya Sikap mu Terhadap Tetamu

Assalamualaikum....


SEORANG sahabat datang menemui Rasulullah SAW mengadu kelaparan dan kesusahan yang dialaminya. Keadaan sahabat itu sangat daif dan miskin dengan pakaian yang compang-camping, rambut kusut-masai dan badannya kurus serta cengkung. Melihat keadaan sahabat itu, baginda menjadi sedih dan simpati.

Sebagai tetamu baginda menerimanya dengan seikhlas hati. Kebetulan pada ketika itu bag
inda tidak mempunyai apa-apa makanan dalam rumahnya untuk dirinya ataupun untuk diberikan kepada sahabat tersebut.

Baginda pun memanggil sahabat-sahabatnya lalu bertanya: “Adakah sesiapa yang sanggup melayani sahabat ini sebagai tetamu bagi pihakku pada malam ini?”

Mendengar pertanyaan baginda itu, seorang Ansar telah menyahut: “Ya Rasulullah saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu.”

Lantas tetamu itu pun dibawa pulang ke rumahnya dan beliau memberitahu isterinya bahawa orang itu adalah tetamu Rasulullah.

Oleh itu, mereka dikehendaki melayan dengan sebaik-baik layanan sekadar yang mampu. Mereka juga hendaklah menjamu orang itu dengan apa jua makanan yang ada.

Isteri orang Ansar itu memberitahu suaminya bahawa di rumah mereka tidak ada apa-apa makanan kecuali sedikit makanan untuk anak-anaknya sahaja.

Sambil berfikir, orang Ansar itu menyuruh isterinya bermain-main dengan anak-anaknya sehingga mereka tertidur. Jadi makanan yang ada itu dapatlah diberikan kepada tetamu tadi.

Orang Ansar itu juga berpesan kepada isterinya agar semasa tetamu itu sedang makan, dia hendaklah memadamkan pelita dan berpura-pura memperbaikinya. Isterinya hanya menurut kata suaminya itu dengan patuh dan taat.

Rancangan orang Ansar itu berjalan lancar. Dia pun menjemput tetamu itu untuk makan sambil duduk bersama-sama dengan tetamu tadi.

Apabila isterinya memadamkan pelita, si suami tadi berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan. Tetapi sebenarnya dia langsung tidak mengambil makanan. Dia hanya berpura-pura di hadapan tetamu tadi.

Dalam keadaan yang gelap, tetamu tadi menyangkakan orang Ansar itu sedang makan bersamanya. Dia tidak tahu bahawa makanan itu hanyalah cukup untuk dirinya sahaja.

Keesokan harinya, pergilah orang Ansar ini menemui Rasulullah. Dia disambut baik oleh Rasulullah dan berkatalah baginda: “Wahai orang Ansar! Allah sangat menghargai layananmu semalam terhadap tetamu.”

Sikap orang Ansar itu sangat menyenangkan hati Rasulullah. Baginda turut menasihati para sahabat dan seluruh kaum Muslimin supaya mencontohi sifat yang ada pada pemuda Ansar itu.

~ Hebatnya jiwa besar Rasullullah SAW dan sahabat-sahabatnya.. Subhanallah..




Sunday, 18 November 2012

Wahai orang islam yang melampaui batas jangan kamu berputus sa.

Ada kalanya kita lalai dalam melakukan tuntutan Allah.
Ada kalanya kita dengan sengaja melakukan perkara yang bertentangan denggan syariat islam...
Ada kalanya kita dengan sengaja membiarkan nafsu kite mengawal akal fikiran kite....

Tapi dalam pada yang sama............

Ada kalanya kita menyesali perbuatan munkar yang kita lakukan......
Ada kalanya kita nak kembali ke pangkal jalan....
Ada kalanya kita rasa nak bertaubat pada Allah....

Tapi dalam pada masa yang sama..........


Ada kalanya apabila kita nak berhenti melakukan perbuatan mungkar tersebut ada sesuatu perkara yang menghalang kita untuk berhenti melakukannya.....
Ada kalanya kite telah bertaubat seringkali kite tergelincir ke lembah kemungkaran.....
Ada kalanya bile kita mahu kembali kejalan kebenaran kite terfikir.....

ADAKAH ALLAH MENERIMA TAUBAT KU INI SETELAH AKU BERKALI-KALI BERTAUBAT TAPI SERINGKALI AKU MELAKUKAN KEMAKSIATAN.............?

Tapi dalam pada waktu yang sama.....

Allah berkata Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas.katakan lah kepada mereka yang melampaui batas(berzina,merompak,membunuh)janganlah enkau berputus asa daripada rahmat ku.....Aku ampunkan dosa yang telah engkau lakukan semua.aku sentiasa buka pintu rahmat ku di siang hari dan di malam hari....ketahuilah sesungguh nya ak Maha Pengampun.....







Amat menusuk kalbu  apa yang diperkatakan oleh dr.asri ini........................=(

Saturday, 17 November 2012

16 ciri-ciri lelaki soleh


  assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatu

 

erm...agak-agak ciri bagaimana lelaki idaman saudari...hehe...hensem ke?kaya ke?badan yang tegap ke?ada rupa macam artis korea ke?dan macam-macam lagi.....erm kadang-kadang kite lupe atau tak perasan bahawa ada sesuatu perkara yang lebih membawa kebahagian atau keberkatan dalam sesuatu perkahwinan.....ape t..?

 

 Bukanlah tak boleh memilih lelaki yang memiliki semua ciri itu. Tapi bukankah lebih penting bagi anda untuk memilih LELAKI YANG SOLEH?

 

Andai kate kite pilih dia sebab hensem,kaya,tegap atau apa-apa lagi dari segi fizikal.kite kene ingat semua perkara itu tidak kekal sebagai contoh nanti sudah tua da tidak hensem,tidak tegap dan belum tentu kaya....huhu...

 

 Apa kata anda baca dan teliti betul-betul info di bawah ini. Cari lah lelaki yang soleh untuk dijadikan suami anda. Sebab lelaki soleh adalah kunci kebahagiaan rumahtangga anda kelak. Percayalah. Hanya lelaki yang soleh mampu memberikan anda kebahagiaan hidup dunia akhirat.

 

 

 

Siapakah dia lelaki soleh?

 

 Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :

 

 1.Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa

 

 2.Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya

 

 3.Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi

 

 4.Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t

 

 5.Ikhlas dalam beramal

 

 6.Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya

 

 7.Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya

 

 8.Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya

 

 9.Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya

 

 10.Solat malam menjadi kebiasaanya

 

 11.Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata

 

 12.Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit

 

 13.Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka  amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.

 

 15.Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia

 

 16.Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah

 

 Itulah 16 ciri-ciri lelaki soleh. Sekarang, cuba check, ada atau tidak ciri-ciri ini pada pasangan anda?

 

Kepada kaum lelaki (khusus saya sendiri), mari periksa diri… dimanakah kita? Sudah cukup soleh kah…?

 

 Ya Allah,semoga aku diberi kekuatan dalam mencapai semua ciri-ciri ini…amin.